Pekan Kartun V.7 : Dark Tourism 2021

Pekan Kartun adalah siri acara bertemakan kartun, komik, animasi, cosplay dan toys yang wujud sejak tahun 2014. Satu-satunya fiesta kartun yang mengangkat seni tempatan dan produk Malaysia sebagai teras acara.
• Pekan Kartun ; 2014, Port Ipoh
• Pekan Kartun V2: Pekan Kartun Kellies ; 2015, Kellie’s Castle, Batu Gajah.
• Pekan Kartun V3: Comic Appreciation ; 2016, Port Ipoh
• Pekan Kartun V4: Comic Reborn! ; 2017, Night Safari and Zoo Taiping.
• Pekan Kartun V5: Pekan Kartun Pangkor 2018, Pulau Pangkor
• Pekan Kartun V6: Pekan Kartun D.I.Y 2019, Buka @Muallim, Tanjung Malim

Pekan Kartun 2021 atau Pekan Kartun V.7 bertemakan Dark Tourism. Objektif utama adalah untuk mengangkat kartun sebagai salah satu komponen dalam perlancongan Dark Tourism.

Pekan Kartun V.7 telah dianjurkan sendiri oleh komuniti kartunis Perak di bawah tajaan Kellie’s Castle Batu Gajah, Tourism Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah. Turut disokong kuat oleh komuniti Sako Plus, Shichibukai Cosplay Perak, Sempoi, DIY Comic Bigrose, Pekan Mainan Ipoh, Kami Pelukis Komik , Ozom dan banyak lagi.

Ia masih lagi mengekalkan konsep ‘non profit event’ akan menampilkan Pameran Lukisan Hantu Kellie’s Castle, Doodle Battle, Pertandingan Coswalk, Pertandigan Draw and Hang, Bengkel Cosplay, Bengkel Komik, Perlumbaan Hotwheel, Perasmian Komik Kunyit dan vendor jualan berkaitan kartun, komik, animasi, games dan toys.

Pekan KartunV.7 telah menyaksikan lebih 2,000 pengunjung daripada seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak dan penyertaan vendor berkaitan kartun sebanyak lebih 10 vendor. Disebabkan SOP, semua pengunjung perlu mempunyai mengambil vaksin sebanyak 2 dos.

Pekan Kartun V.7 telah dihadiri oleh kartunis/pelukis komik seperti, Binjai, Kunyit, Jian, Kucai, Halim Hassan, ChuOrn, Cekeding, Faridtoy, Huzza, Topikoko, Elis, Syaza, Nabilah, Zai zai zai, Nayan, Ongkoi, Mior, Jumpskull, dan banyak lagi.

  • Doodle Battle atas batu nisan
    Sebuah cabaran melukis di atas replika batu nisan di sebuah istana berhantu yang pertama di dunia! Cabaran selama 2 jam dan hasil kerja unik ini telah disaksikan oleh para pengunjung yang hadir. Telah disertai oleh 10 perserta terdiri daripada kartunis, pelukis komik dan pelukis doodle tempatan.
  • Pameran Lukisan Hantu Kellie’s Castle
    Sebuah pertandingan ‘Hantu Kellie’s Castle’ telah belangsung secara online di Facebook group KAMI PELUKIS KOMIK. Peserta boleh melukis apa-apa jenis hantu, tetapi perlu berkaitan dengan Kellie’s Castle. Contohnya, hantu dengan berlatar belakangkan kellie’s castle, atau hantu-hantu terkenal di kellie’s castle, iaitu Hantu Gopal, Orang Bunian dan Hantu Helen (anak perempuan William Smith). Pameran ini menampilkan hampir 200 karya pelukis tempatan daripada seluruh Malaysia.
  • Pertandingan Coswalk (Cosplay Walk)
    Sebuah pertandingan coswalk yang telah dijuri oleh Cosplay Terkemuka, Momorex. Disertai oleh lebih 20 cosplayer dari seluruh negara.
  • Pertandingan Draw and Hang
    • Para pengunjung berpeluang untuk melukis dan mengantung hasil karya mereka di satu sudut khas. Pemenang terbaik akan menerima hamper. Telah menarik lebih 400 penyertaan.
  • Bengkel Komik
    • Bengkel santai mengenai melukis kartun hantu telah dikendalikan oleh ChuOrn selaku kartunis residen Kellie’s Castle. Turut menampilkan live drawing daripada Cekeding dan Halim Hassan. Dihadiri oleh lebih 30 orang mengikut SOP.
  • Bengkel cosplay
    • Bengkel santai mengenai cosplay telah dikendalikan oleh cosplay jemputan, Momorex. Dihadiri oelh lebih 30 orang mengikut SOP.
  • Perlumbaan Hotwheel
    • Perlumbaan mainan kereta hotwheel di atas track lumba sepanjang 20 kaki telah ramai penyertaan. Dikendalikan oleh Koja dan Bozo daripada komuniti Pekan Mainan Ipoh.
  • Perasmian Komik Kunyit
    • Komik Kunyit telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif kerana telah melancarkan Komik Kunyit. Beliau turut diiringi oleh Pengurus Besar Kellie’s Castle Malaysia, Zamari Muhyi.
    • Koleksi karya kartunis Kunyit kelahiran Perak. Memaparkan kartun mengenai keadaan masyarakat Ketika PKP. Diterbitkan sendiri di bawah Huge Dimension.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*