Kartunis ‘Blues Untuk Aku’, Aie Meninggal Dunia

Salam Takziah dan Al Fatihah buat keluarga lagenda komik dan kartun tanahair, Aie atau Saari Sulong yang telah meninggal dunia jam 4pagi tadi 28/6/2021 di kediamannya di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor.

Allahyarham amat terkenal dengan karya Agung spt Abe, Blues untuk Aku, Aku dan Sesuatu, Loveville, dan banyak lagi.

Allahyarham pernah memenangi Anugerah Pekomik 2018 di bawah kategori muka hadapan komik terbaik untuk Komik Jenama X (Studio DiamDiam Ubi).

Allahyarham seorang yang sangat ‘humble’ dan sering memberi sokongan kepada kegiatan dan aktiviti2 seni komik/kartun yang dianjurkan oleh kami.

Antara acara bersama Allahyarham Aie dan kami;

Zoom Kartun 2019 – Menjadi juri bersama untuk pertandingan Komik Poster MyIpo.

Juri pertandingan mewarna Toon Walk 2019 di Wangsa Walk

Semoga Allahyarham Aie ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Al fatihah

Rujukan: Rumah Kartun Dan Komik Malaysia, Animas, Pekan Kartun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*