Sejarah INKRAMADAN dalam Majalah Fantasi #04

Majalah Fantasia adalah sebuah majalah komik yang terkini ditubuhkan pada tahun ini. Muncul dalam ketika kejatuhan pasaran majalah di Malaysia ini dengan menampilkan strategi pemasaran yang unik bagi memastikan majalah komik Malaysia terus hidup dan berkembang maju.

Fantasia mempertengahkan karya-karya komik berkualiti, secara tidak langsung memberikan platform kepada lebih ramai bakat seni seperti pelukis komik, kartunis dan penulis untuk berkongsikan karya mereka. Ini juga antara usaha berterusan bagi memartabatkan industri seni kreatif negara.

Dalam keluaran terbaru, ia ada menampilkan artikel mengenai sejarah/garis masa Inkramadan dari tahun 2015 hingga ke tahun 2021.

Fantasia ini tidak dijual di kedai-kedai buku, tetapi anda boleh dapatkan Majalah Fantasia ini secara online seperti di Shopee atau terus ke FB Page Majalah Fantasia, untuk mendapatkan senarai pengedar di seluruh Malaysia.

Terima kasih kerana menyokong industri kreatif tempatan.

Kredit foto: Aziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*