SEMPOI: Cubaan Pecah Rekod Majalah Kartun Paling Banyak Kartunis

Sempoi merupakan sebuah majalah yang diusahakan oleh penggiat kartun/komik yang berpusat di utara Malaysia.

Gabungan kartunis/pelukis komik di Kedah/Perlis ini dikatakan bermula ketika Minggu Kartun & Komik pada tahun 2017 yang lepas. Pertemuan di acara komik tersebut telah mengilhamkan terhasilnya majalah Sempoi dan pelbagai lagi komik-komik dari utara ini.

Terkini, keluaran Sempoi akan datang bakal menampilkan karya-karya kartun/komik lebih 100 orang kartunis daripada seluruh Malaysia. Edisi Muhibbah. Sebuah rekod yang bakal dicipta jika ia berjaya.

Dapatkan makluman lanjut berkenaan Majalah Sempoi edisi khas ini di episod terkini KotaKomik Artpodcast #02. Menampilkan Jian, Ustaz Kartun dan Ruby.

Rujukan: https://www.facebook.com/MajalahLawakTerkini/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*