
Kotakomik ArtPodcast ini merupakan projek terkini kesinambungan selepas mendapat sambutan mengalakkan semasa Inkramadan Podcast yang lepas.
Podcast ini masih mengekalkan team yang sama; Khairil sebagai Moderator, Aziz (selaku Cip) sebagai host & juga ketua projek, Huzza sebagai pereka grafik dan mior sebagai bahagian promosi.
Podcast ini adalah satu program bicara santai mengenai seni kreatif, kartun dan komik. Bagi musim pertama ini, kami menampilkan akan para penerbit komik mainstream dan indie sebagai tetamu.
Antara yang menarik Kotakomik Artpodcast ini adalah;
- Ketika siaran langsung, penonton boleh berinteraksi secara langsung dengan moderator dan ahli panle bertanya soalan.
- Hadiah misteri untuk penonton yang bertuah.
- Podcast PERCUMA dan tidak perlu untuk mendaftar.
Podcast ini akan diadakan secara langsung di FB Kotakomik @kotakomikmalaysia pada setiap Rabu pada pukul 9.00pm.

Episod sulung Podcast ini telah bermula pada 9.6.2021 yang lepas, penampilan khas Wanzu (CEO Komik-M), Alaka Zam (pengasas Matkomik) dan Jimi (ketua pereka grafik Komik-M) yang memperkatakan mengenai ‘Cabaran Komik Online Malaysia 2021 (CKOM).
Sedikit mengenai CKOM, pada tahun ini CKOM bertemakan Medik dan tarikh tutup adalah pada 08.08.2021. Makluman lanjut boleh layari Matkomik.com

Kotakomik Artpodcast | Setiap Rabu @ 9.00pm | FB LIVE Kotakomik
Rakaman podcast ini juga boleh di tonton/dengari semula di rangkaian streaming lain seperti;
1) Youtube
2) Spotify
3) Soundcloud
4) Anchor.fm
Leave a Reply