Al-Kisah Inkramadan 2021

Inkramadan merupakan sebuah cabaran melukis secara online sepanjang bulan Ramadhan yang sertai oleh pelbagai lapisan pelukis. Ia turut menampilkan peserta daripada negara Indonesia, Brunei dan Singapura.

Syarat penyertaan inkramadan adalah meletakkan hasjtag #inkramadan pada setiap posting lukisan di media sosial. 

Objektif utama #Inkramadan adalah untuk menyebarkan kartun2 bermesej positif di media sosial. Selain itu ia merupakan platform untuk bakat-bakat baru untuk mempertengahkan bakat mereka melalui media sosial khususnya penggunaan hashtag. #Inkramadan telah bermula sejak 2015, sehingga kini pelbagai komik telah diterbitkan dari Inkramadan, beberapa pameran telah dibuat dan ramai bakat-bakat baru telah diperkenalkan.

Pada tahun ini, Sako Plus dan Comicore Club telah bergabdung untuk menguruskan Inkramadan tahun ini. Menampilkan Aziz, Khairl, Huzza dan Mior.

Pada tahun ini, Inkramadan terbahagi kepada 3 komponen iaitu

1) #inkramadan: Cabaran melukis pada bulan puasa
2) Inkramadan Artpodcast
3) Pameran inkramadan | Kolektif Seni Kreatif Kartun Ramadhan 2021

#inkramadan: Cabaran melukis pada bulan puasa

  • Disertai oleh pelbagai lapisan, khususnya para pelukis generasi baru dan merentasi 4 buah negara, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
  • Lebih 1000 penyertaan diterima melalui instagram.
  • 4 pemenang telah dipilih dan zine bakal diterbitkan oleh ComicoreClub

Inkramadan Artpodcast

  • Podcast bersempena cabaran melukis inkramadan. Inkramadan adalah cabaran melukis ketika bulan Puasa di media sosial. Menampilkan perbincangan santai mengenai arena komik dan kartun, kerjaya, teknik lukisan dan segala yang berkaitan seni melukis.
  • Menampilkan Khairil sebagai Moderator, Aziz sebagai Pengerusi, Huzza sebagai Pereka Grafik dan Mior sebagai promosi.
  • Sebanyak 8 episod telah diterbitkan untuk musim ini.
  • Podcast ini telah berlangsung secara interaktif di Facebook Page Inkramadan.
  • Rakaman podcast ini telah dimuatnaik ke Youtube dan rangkaian-rangkaian podcast terkemuka seperti Spotify, Apple Podcast, Deezer, dan banyak lagi.
  • Sambutan yang menggalakkan, malah turut menampilkan panel-panel daripada luar negara seperti Singapura dan Indonesia.

Pameran inkramadan | Kolektif Seni Kreatif Kartun Ramadhan 2021

Tarikh: 1 – 9 Mei 2021
Lokasi: Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak
Tema: Kartun dan komik dakwah dan mesej positif
Penganjur: Kellie’s Castle, Pekan Kartun, Sako Plus dan Comicore Club

  • Bertitik tolak daripada sambutan hangat secara online tersebut, kami telah mengumpulkan sebanyak 300 karya-karya untuk di pamerkan di Kellie’s Castle, Gajah dari 01 – 09 Mei 2021.
  • Inkramadan | Kolektif Seni Kreatif Kartun Ramadhan 2021 menampilkan karya-karya pelukis inkramadan tempatan dan juga Singapura. Indonesia dan Brunei. Antara pelukis kartun yang turut menyertai adalah Mie, Soul Balloon, Danial Haikal, If Moses, Huzza, SyahRulez, Ejad Art, Imanimex, Paeh, Mozorro dan ramai lagi.
  • Pameran kartun Puasa tersebut telah dihadiri oleh peminat-peminat kartun tempatan di negeri Perak. Ketika pameran dilangsungkan, merentas negeri tidak dibenarkan ekrana pandemik Covid 19.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*