Cosplay @ Gerai Nasi Lemak Superhero Tronoh

Tronoh, Perak: Sebulan sekali, kumpulan cosplayer kental ini akan beraksi dan memperagakan suit ‘buatan sendiri’ di gerai nasi lemak sambil melayani para pengunjung.

Kekurangan acara dan tempat cosplay ketika Pandemik ini tidak pernah melemahkan semangat anak-anak muda ini untuk meneruskan hobi dan perjuangan seni kreatif mereka.

Hari ini, cosplayer yang ada di gerai tersebut adalah Hilmi Zangetsu dan Paradox Level 99. Dua orang cosplayer yang juga adalah prop maker yang semakin dikenali ramai.

Nasi lemak yang lazat resipi turun temurun tersebut telah habis sebelum pukul 9 pagi. Pelbagai lapisan masyarakat yang datang membeli nasi lemak dan kuih muih bersempena kehadiran cosplayer ini.

Shichibukai Cosplay Perak

Lokasi: Gerai Nasi Lemak Superhero. Di hadapan Shell, Tronoh. Persiaran Desa Tronoh Indah Lebuhraya Ipoh-Lumut.
Tarikh: 1 Nov 2020
Masa: 7.00am – 10.00am

COSPLAY BANGKIT!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*