Pameran Kartun Impak Covid Terhadap Kebebasan Bersuara

Bagaimana Zunar menilai2 artis2yang mengambil bahagian dalam Pameran Impak Covid Terhadap Kebebasan Bersuara” dari 16 – 23 Sept ini, secara online. Layari website, craftora.com. Facebook: Craftora. Instagram: Craftoradotcom.

1) HAILI – Seorang senior & banyak pengalaman. Kartunnya kritis – brutal dan tak kenal ampun.

2) MEGAT – Seorang lagi kartunis senior. Lukisannya walau pun simple, tapi pedihnya menikam sampai ke tulang hitam.

3) JONOS – Kartunnya sangat kemas dan bersopan santun, seperti juga sifat pelukisnya. Mahir dalam berbagai jenis art.

4) SARAH WAHID – Seorang expressionist yang suka mencurahkan isi hati dalam karya-karyanya. Visualnya unik bercampur brutal, tetapi menarik dan mencabar jantung hati.

5) ARIF RAFHAN – Pelukis realist dan pop. Lukisannya sangat detail dan real serta diadun dengan warna terang, vibrant dan berani.

6) IZZATI SUZA- Banyak memperjuangkan isu wanita dalam karyanya. Mempunyai lukisan bergaya sendiri, tetapi sangat trendy dan komersial. Gossip makcik2 bawang mengatakan Izzati masih belum berpunya.

7) GANDUM – Seorang kartunis yang berjaya membawa isu2 berat dan disampaikan dalam bentuk lucu. Bekerja di Singapura, tetapi warga Malaysia.

8) AIN – Mesej yang dibawa dalam karya2 beliau sangat matang, kritis dan tajam. Ini menjangkau umurnya yang baru 16 tahun. Punya potensi dan masa depan yang sangat cerah.

9) JOHNNY – Kartun2 Johnny atau Joca membawa mesej yang berat seperti isu politik dan kritikan sosial. Sering mencuit pihak berkuasa.

10) SHAQ KOYOK – Pelukis dari golongan Orang Asli – lukisannya banyak menyentuh hak orang asli yang sering jadi mangsa pemerintah atas nama pembangunan. Rare talent.

11) SHAFINAZ – Dengan latar belakang seorang arkitek, line2 dalam lukisannya sangat kemas dan halus. Warnanya sangat contrast tetapi memukau. Penafsiran visualnya juga mendebarkan sukma.

12) NIKKI LAW – Suka memilih mesej yang deep, tetapi dengan warna yang vibrant dan dan tiada rasa takut untuk mencuba.

13) SHAZEERA – Cara beliau art mirip dengan saya, direct to the point, punchy tapi sketcy. Lukisannya banyak menggunakan metafora. Awek dari Geneva.

14) IEDA MAZLAN – Lukisannya membawa mesej penindasan dan emosi – kebanyakan mengenai imansipasi wanita. Visual yang sangat unik. Awek cun.

15) AMIRUL ROSLAN – Graduan seni lukis Uitm – menggabungkan painting dengan pop art dengan warna tebal dan kntrast.

16) SHIKA – Seorang pelukis yang sangat natural serta kaya dengan bakat seni. Shika berjaya membuatkan sesuatu objek itu menjadi amat simple dalam lukisannya.

17) YEM – Pengalaman dalam advertising membantu beliau memaparkan mesej visual yang kuat dan line yang sharp. Stroke beliau sangat confident.

18) AZMIE TAHA – Seorang pelukis senior dan berpengalaman, terutama dalam membawa isu-isu berat. Lukisannya sangat detail dan teliti.

19) SYAFIK ADIB – Seorang lagi graduan seni lukis Uitm. Multi talented. Orangnya kurang bercakap tetapi banyak melukis.

20) ROSSEM – Pelukis super senior yang membawa style editorial kartun yang sebenar – sedikit gaya eropah dan US. Cross-hatchingnya tiada bandingan.

21) THAHIRAH – Seorang lagi graduan seni lukis Uitm, dengan penggunaan catan yang sangat deep. Hobi masa lapang – penanam dan penyiram bunga matahari.

22) FAIDAH – Seorang lagi graduan seni lukis Uitm, banyak bergiat dalam lukisan mural.

23) MOK WEI YEE- Seorang graduan seni mekanikal UPM, dengan lukisan bergaya sendiri. Amoi cantik yang belum berpunya.

24) AMIN LANDAK – Seorang kartunis editorial yang mempunyai pengamatan yang tajam terhadap isu2 semasa. Line, stroke dan warna beliau sangat unik.

25) YILLIN TAN – Sangat bagus dalam pop art dan painting. Penggunaan warnanya sangat realist dan kaya.

26) STEPHANIE – Mesej dalam lukisannya sangat jelas. Bahasa visual walau pun tepat – begitu tajam dan berkesan.

27) SUSAN LOONE – Seorang expressionist yang gemar mencurah isi hari ke dalam kanvas. Lukisannya mempunyai makna dan pengertian mendalam hingga meresap ke sanubari setiap penggemarnya.

28) SARAH JOAN – Pelukis yang kaya dengan bakat semula jadi – multi talented. Wanita ini punya gaya, style lukisan yang membuat setiap yang melihat tak nyenyak tidur.

Belum puas? layari craftora.com untuk detail.

Digital Exhibition ZUNAR & 28 Artists, 116 Artworks.Tema: Impaks Covid Terhadap Kebebasan Bersuara. Layari CRAFTORA.COM, dari 16 hingga 23 Sept.

Rujukan: https://www.facebook.com/zunar.kartunis/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*