Gila-Gila #823 – Spooky Toon, Kellie’s Castle 2019

Bahang acara Spooky Toon masih terasa. Terkini Spooky Toon telah mendapat liputan khas dalam Gila-Gila #823 keluaran terbaru.

Spooky Toon, Kellie’s Castle adalah sebuah acara mini Pekan Kartun bersempena promosi Kellie’s Castle Night Tour yang telah dianjurkan oleh Kellie’s Castle dengan kerjasama PEKOMIK, KAMI PELUKIS KOMIK dan D’Mara Hotwheels pada 12-13/10/19.

Dapatkan majalah Gila-Gila Keluaran terbaru, Edisi ke 823 yang berharganya cuma RM6.50 sahaja, boleh didapati di toko buku berdekatan seperti MyNews, Popular, MPH dan lain-lain. Selain itu anda juga boleh membelinya secara online di http://shop.gila-gila.com/

Beli & support!

Terima kasih Gila-Gila Digital Malaysia tidak jemu2 menyokong gerakan komuniti komik kartun Malaysia.

Sejak Mei 2019, Gila-Gila telah maju setapak lagi dengan menghasilkan GG Komiks Apps yang boleh di muat turun di PlayStore dan Apps Store.

Applikasi tersebut telah mendapat sambutan hangat sehingga lebih 70,000 pengguna dan pernah menduduki Aplikasi paling ‘trending’ ketika minggu pertama dilancarkan.

GG Komiks merupakan platform digital untuk majalah Gila-Gila yang diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd. Setelah 41 tahun majalah Gila-Gila di pasaran, kini Gila-Gila memasuki era digital selaras dengan perkembangan teknologi masa kini. 

Selain majalah Gila-Gila terkini, GG Komiks juga akan menyajikan koleksi terbaik sepanjang zaman dari majalah Gila-Gila dan kumpulan komik terbaru kartunis Ujang, Ekspelentes.

GG Komiks juga membuka peluang kepada kartunis-kartunis baru untuk berkarya dan mempersembahkan komik mereka di GG Komiks.

Pembangunan aplikasi ini mengambil masa telah mengambil masa 8 bulan. Ia merupakan usaha untuk menaikkan kembali komik tempatan yang terpaksa bersaing dengan komik luar negara tetapi tidak memiliki platform digital.

Mohon muat turun GG Komiks Apps dan beli Gila-Gila #823 segera!

Semoga Gila-Gila terus berinovasi dan berjaya!

Rujukan: https://www.facebook.com/gilagiladigital/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*