Perak International Expo 2019 atau PIEX 2019 telah berlangsung di Stadium Indra Mulia pada 15-17 November 2019yang lepas.
PIEX 2019 merangkumi empat acara besar yang berlangsung serentak membabitkan pameran niaga, Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (Dialog Pangkor) 2019, pertunjukan Festival Startup Perak dan Pride of Perak (POP).
Empat pavilion utama dalam pameran niaga ialah Dialog Antarabangsa Pangkor, Festival Startup Perak, Pride of Perak (POP) Bazaar dan Ekspo Halal Antarabangsa Perak (Perak Halal 2019).
Istimewa di bawah POP Bazaar adalah demo lukisan doodle yang telah sempurnakan oleh Zami Musa daripada Doodict yang baru sahaja memecah rekod doodle paling lama di Malaysia.
Terima kasih kepada Port kerana sudi memberi peluang untuk kami menampilkan lukisan doodle di acara mega PIEX 2019.
Antara yang melawat doodle gergasi 8 X 4 kaki tersebut adalah Yang Berhormat YB Ng Shy Ching dan Pn Hanim, Pengurus Besar Port Ipoh.
Turut hadir adalah Abu Huzaifah @ Huzza yang menguruskan kehadiran Zami Musa ke PIEX 2019.
Rujukan: https://web.facebook.com/port.kolonikaryawanamanjaya , https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/594569/lebih-30000-disasar-kunjungi-piex-2019 & https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/11/628383/sultan-perak-berkenan-rasmikan-ekspo-antarabangsa-perak-2019
Leave a Reply