Kebangkitan Nusantara di Kotakomik Kajang 3.0

Kotakomik kajang 3.0 adalah edisi ke 5 acara fiesta kartun dan komik anjuran Comicore Club yang mana sebelum ini pertama kali telah diadakan di Kluang Mall Johor.

Acara : Kotakomik Kajang 3.0
Tarikh : 8-10 November 2019
Anjuran : Comicore Club & Metro Point Complex Kajang

Acara ini dijalankan untuk menghimpunkan penggiat juga komuniti komik dalam memasarkan produk dan servis kepada umum serta mengetengahkan pelbagai produk dan inovasi tempatan dalam komik dan permainan.

Antara misi & visinya untuk menjadikan komik sebagai satu medium untuk menyebarkan mesej kebaikan dan elemen Nusantara yang mudah diterima oleh pelbagai lapisan umur.

Antara acara yang telah dijalankan adalah;

  • Cosplay Nusantara
  • Art Battle Nusantara & Mitos
  • Pelancaran Komik Aratri oleh Rosh
  • Bengkel Komik bersama Bophairy
  • Pertandingan Beyblade
  • Pertandingan Mewarna
  • Permainan tradisi ; congkak & batu seremban.
  • … Dan banyak lagi!

Menghimpunkan peminat dan vendor jualan berkaitan komik, kartun , penerbitan buku, mainan & hobi, permainan kad dan papan, kraf , kaligrafi khat, apparel dan karikatur dilaksanakan di ruang legar Metro Point Complex Kajang.

Program ini memberi ruang kepada penggiat komik untuk terus memasarkan produk yang antara mereka adalah penulis dan pelukis komik yang memasarkan produk terus kepada pembaca dan ada juga antaranya tiada di jual di kedai-kedai buku.

Acara ini turut menampilkan boardgame EMPAYAR yang pertama seumpamanya di Malaysia menggunakan konsep mekanik worker placement yang banyak digunakan dalam permainan boardgame Eropah yang juga mengetengahkan unsur dan budaya nusantara.

Acara kemuncak menampilkan Cosplay Nusantara dimana peserta harus mengenakan cosplay berunsurkan watakkomik/ animasi tempatan dengan suntikan nilai nusantara dan beraksi di atas pentas dengan menggayakan gerakan seni bela diri selama 30 saat.

Penampilan khas Dr Aziwahija Yeop (Silat seni Gayong Fatani) , sebagai juri pertandingan cosplay dan demo silat bakal memberi kelainan dalam acara komik seumpamanya di Malaysia.

Cosplay Nusantara yang pertama kali diadakan di Dunia ini telah disertai oleh 10 cosplay dewasa dan 20 cosplay kanak-kanak. Berjaya menarik perhatian lebih 500 pengunjung.

Kotakomik telah dihadiri oleh lebih 2,000 pengunjung sepanjang 3 hari tersebut cukup untuk mengekalkan keunggulan Kotakomik sebagai fiesta kartun dan komik no. 1 di Kajang.

Saya sempat menyelit dan membantu En Aziz (Pengarah projek) dan rakan-rakan Comicore Club bagi menjayakan acara ‘komik luar kotak’ ini.

Alhamdulillah, Pn Hanim dan Port Ipoh sudi menaja perjalanan kami, saya, Huzza, Boy PJ dan Wanchik ke Kotakomik Kajang. Terima kasih juga kerana memberi kerana memberi kepercayaan untuk kami menjadi wakil Port Ipoh di acara yang hebat ini.

PORT IPOH @ KOTAKOMIK, KAJANG 8-10 Nov 2019
1) Mempromosikan Ipoh International Art Festival.
2) Menjadi barisan karikaturis utama Kotakomik.
3) Juri professional dan wakil memberi hadiah kepada pemenang peraduan mewarna.
4) Wakil memberi saguhati kepada penceramah jemputan.
5) Menjadi sebahagian krew yang menjayakan Art Battle dan Cosplay Nusantara.

Semoga terus maju jaya! Cool!

Kredit foto: Aziz, Huzza & Azri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*