Kotakomik Kajang 3.0: Acara Komik Luar Kotak

Kotakomik merupakan sebuah fiesta komik, kartun, animasi, cosplay dan toys yang utama di kawasan Kajang.

Tahun ini merupakan edisi ke 3 yang menampilkan tema Nusantara dan bakal dihadiri oleh syarikat-syarikat komik terkemuka tempatan dan penggiat seni kartun/ komik tempatan.

Seperti tahun-tahun lepas, Kotakomik yang diuruskan oleh Comicore Club dengan usahasama Metropoint Kajang telah menyasarkan kehadiran lebih 2,000 pengunjung, secara tidak langsung menjadikan ia antara fiesta kartun dan komik berpengaruh di dalam arena seni kreatif.

Tahun ini Kotakomik Kajang 3.0 menampilkan:

  • Bengkel dan Taklimat komik & kartun.
  • Pertandingan Cosplay Nusantara.
  • Pertandingan Mencipta Karekter Nusantara.
  • Pertandingan Beyblade.
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak.
  • Pameran dan Jualan Komik.
  • Dan banyak lagi.

Dapatkan makluman lanjut di link ini: https://www.facebook.com/kotakomikmalaysia/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*