Kesucian Komik Malaysia Dinodai Politikus BiaDap

Sejak kemunculan komik dan kartun di Tanah Melayu pada akhir tahun 1920an, komik telah menjadi medium menyebarkan maklumat dan semangat nasionalisme.

Penggunaan komik sebagai medium penyebaran maklumat semakin ketara ketika Zaman Imperialis Jepun di Tanah Melayu pada era awal 1940an, di mana kartun dijadikan bahan propanganda untuk menarik rakyat untuk menyokong mereka dan belajar bahasa Jepun. Kemudian di era 1950an, komik digunakan untuk menyebarkan semangat nasionalisme sehingga Malaysia mengecapi kemerdekaan.

Terkini, kita telah didedahkan dengan kemunculan komik yang mengandungi propaganda politik perkauman. Komik tersebut dikatakan akan diedarkan di sekolah-sekolah di sebuah negeri di utara tanahair.

Kami amat kecewa apabila komik yang sepatutnya menjadi medium untuk menyebarkan kebaikan dan kasih sayang telah dieksploitasi menjadi alat untuk mengalakkan kebencian perkauman dan menyebar fahaman komunisme.

Lebih menyedihkan, komik tersebut diedarkan kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah. Generasi yang bakal memimpin masa hadapan Malaysia.

Mungkin ada yang berpendapat ia hanya sebuah kartun satira politik. Kami menyangkal itu, kerana apabila kartun tersebut menyentuh sensiviti antara kaum dan provokasi kebencian terhadap sesuatu kaum, ianya adalah karya sampah.

Mencemarkan institusi pendidikan anak-anak Malaysia dan menjadi kanser dalam industri kreatif negara.

Tahniah kepada Menteri Pendidikan Malaysia telah bertindak segera mengeluarkan arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik ini daripada mana-mana pihak atau pembekal.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang neutral dan tidak seharusnya menjadi medan penyebaran propaganda politik.

Kesimpulan, kami menyokong perkembangan kartun politik satira tempatan, tetapi tidak bersetuju dengan komik yang menyebarkan fahaman sempit perkauman dan komunisme.

Rujukan: – https://www.facebook.com/najibrazak/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*