Perbezaan antara Doodle Battle Malaysia dan Indonesia

Selepas 3 tahun berturut-turut ikut delegasi komuniti komik Malaysia ke Indonesia dari tahun 2015 sehingga 2017 (Pop Con Asia Jakarta 2015, Pop Con Asia Jakarta 2016 & Pasar Komik Bandung 2017) dan bergiat aktif sebagai penggiat komik Malaysia selama 4 tahun (2014 – 2017), saya rasa sudah tiba masanya untuk berkongsi apa perbezaan antara kedua-dua ‘scene’ komik antara 2 buah negara nusantara ini.

Kita mulakan dengan ‘doodle battle’. Doodle battle secara am adalah pertandingan melukis secara spontan dalam masa yang telah diberikan. Sebagai perbandingan, kita akan gunakan 2 acara berbeza iaitu Doodle Battle @ Pekan Kartun 2017, Malaysia dan Pasar Komik Bandung 2017, Indonesia.

 

 Doodle Battle @ Pekan Kartun 2017

  • Ada 9 orang peserta.
  • Pusingan pertama 9 peserta akan melukis selama 1 jam di atas papan putih plywood saiz 8 X 4 kaki berdasarkan tema yang telah diberikan.
  • Selepas berehat 30 minit, pusingan kedua 3 peserta terbaik daripada 9 peserta akan melukis selama 1 jam sekali lagi berdasarkan tema yang berlainan dari pusingan pertama.
  • Pemenang dipilih berdasarkan juri-juri yang diambil secara rawak ketika acara.
  • Hadiah wang tunai.

.

Doodle battle @ Pasar Komik Bandung 2017

  • Ada 4 orang peserta (kategori individu), ada 2 pusingan satu lawan satu.
  • Pusingan pertama – peserta lukis di atas kertas saiz A2 selama 5 minit berdasarkan tema yg diberi. Kemudian, peserta akan mengacau/merosakan lukisan doodle lawan selama 2 minit. Akhir sekali, peserta diberi masa 3 minit utk membetulkan balik lukisan doodle. Kemudian, peserta perlu memberi penerangan ringkas mengenai doodle yang dihasilkan.
  • Pusingan kedua – 2 peserta yang menang pada pusingan pertama akan bertemu di pusingan kedua iaitu peringkat akhir. Cara doodle battle adalah sama dengan pusingan pertama, tetapi tema yang diberikan adalah berbeza.
  • Pemenang dipilih berdasarkan sorakan penonton terkuat.
  • Hadiah berbentuk saguhati daripada vendor-vendor acara.

.

.

Oklah. Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Perkongsian ini bukan untuk mencari mana yang bagus atau tak bagus. Sekadar perkongsian dan pastinya kedua-dua acara ini mempunyai keisitimewaan dan keseronokan tersendiri.

That’s cool!!! You’re the man!!!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*