Lama tak update blog ni. Sempena Ramadan, dengan besar hati saya nak kongsi pengalaman UNBOXING – membuka dan membaca ‘Komik Misi Tahfiz’ yang menjadi bestseller semasa Pesta Buku Antatarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL’17)yang lepas. Saya pre-order komik ini awal via ‘facebook’ dalam bulan April yang lepas.
Yes, sudah sampai di rumah Ipoh sejak beberapa minggu yang lepas, baru dapat peluang untuk membuka.
.
Cover depan.
.
Cover belakang
.
Yes! muka surat pertama, ada autograf ‘special’ daripada penulis komik ini, Ahmad Syahmi the man.
.
Antara yang cool tentang komik ini adalah, ‘team effort’ yang dimana barisan produksinya adalah idea oleh Nazry Salam & Afiq Salam, penulis – Ahmad Syahmi, pelukis – Hanza dan kaleris Imanimex.
.
Semua muka surat adalah berwarna dari mula sampai habis.
.
Komik untuk bacaan santai tetapi diselit dengan info sebenar dari penyelidikan yang mendalam team produksi.
.
Lukisan masih boleh dipertingkatkan lagi. Tetapi boleh tolak tepi buat masa ini kerana jelas ceritanya menarik dan sebuah komik yang luar kotak.
.
Kenapa korang mesti beli komik ini?
- Komik tentang tahfiz pertama di Malaysia.
- Komik yang dihasilkan secara produksi kecil yang menampilkan penulis, pelukis dan kaleris. Malah, gabungan antara lelaki dan perempuan yang jarang2 berlaku dalam komik tempatan.
- Komik yang terjual lebih 2,000 unit dan habis stok di PBAKL’17
- Komik berwarna penuh dan harga yang berpatutan.
- Kerana Tim Misi Nazry Salam akan hasilkan komik2 yang cool dan bestseller.
.
Kenapa korang tak mau beli komik ni?
- Mungkin korang rasa tak cool baca komik dakwah. Ingat korang dah rebel dan urban habis jadi geli2 nak layan komik dakwah.
- Mungkin korang tak sedar diri sendiri baru UP, tetapi asyik kutuk-kutuk karya orang lain je.
- Mungkin korang takde duit, biarpun boleh topup kredit telefon gadis pujaan hati.
- Mungkin korang duk cakap tentang ‘freedom’ sana sini, tetapi bila budak tafhiz mula melukis komik korang mula tak boleh terima pula.
- Korang konon-konon tak suka stroke ‘manga’ sebab tak Malaysia kononnya. Padahal, apa definasi stroke komik Malaysia sebenarnya? Sangat subjektif.
.
Maaf ter’emo sikit. Sekadar pandangan peribadi. Apa-apa pun buka minda dan biarkan kepelbagaian genre2 komik di Malaysia berkembang.
Sebagai penutup, saya harap kita sama-sama teruskan support komik tempatan dan majukan lagi industri kreatif Malaysia dengan karya-karya bermutu, inovatif dan kreatif. Belilah komik ‘Misi Tahfiz’ ini.
Leave a Reply