Plagiarisme merupakan satu genjala yang sukar dibendung kerana tahap kesedaran yang pelbagai dikalangan masyarakat Malaysia, tertutamanya netizen (pengguna online). Di dalam kebanyakan situasi, netizen dikatakan tidak sedar mengenai isu ini disebabkan tiada pengetahuan mengenai isu tersebut atau melakukannya secara tidak sengaja.
Perkembangan internet telah merancakkan lagi gejala plagiat ini kerana sesuatu karya itu dipaparkan sebagai imej atau teks elektronik. Ini telah menjadikan proses menyalin hasil kerja orang lain dengan lebih mudah melalui teknik atau kaedah “potong dan tampal” atau “Copy & Paste” daripada sesuatu laman web.
Gejala plagiarisme juga merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak.
.
.
Terkini, lukisan kartunis Megat telah digunakan tanpa meminta izin untuk pejualan mesin vending. Malah, tandatangan beliau pada lukisan telah dipadam.
Kartunis Megat yang terkenal dengan karya kartun satira politik dan juga bekas illustrator Karangkraf sekadar menyatakan terima kasih ke atas informasi yang diberikan dan menyatakan bahawa beliau telah biasa diperlakukan sebegitu.
Kegiatan ini adalah kerana kurangnya kesedaran mengenai plagiarisme. Kebanyakan netizen tidak mengetahui erti sebenar plagiarisme. Anggapan netizen mengatakan tidak menjadi satu kesalahan menciplak hasil kerja orang lain.
Sepatutnya netizen atau penjual online haruslah kreatif dalam membuat sesuatu pengiklanan itu agar menarik ramai lagi pembeli dari segi iklan yang berkualiti, bukannya dengan menciplak atau merompak bulat-sebulat karya orang lain dan memotong tandatangan pelukis.
.
.
Tidak salah pun kalau penjual mesin vending memberi kredit dan meminta izin daripada pelukis secara terus. Malah mungkin pelukis tidak akan caj apa-apa untuk membantu peniaga tersebut.
.
.
.
sumber:- https://www.facebook.com/groups/1696996397288970/permalink/1801043370217605/?sale_post_id=1801043370217605 , https://www.facebook.com/feNdy.FRaNky?fref=nf&post_id=1801043370217605 & http://www.utusan.com.my/rencana/forum/plagiat-beri-kesan-negatif-kepada-pelajar-1.338032
Leave a Reply