From mousedeer to mouse: Buku Sejarah Animasi Malaysia Pertama

Teringat kenangan ketika saya menghadiri Pop Con Asia Jakarta 2016 yang lepas, ramai sahabat-sahabat kita di Indonesia memuji kerancakan dunia komik dan animasi Malaysia. Terutama sekali, animasi Upin dan Ipin dan BoboiBoy menjadi fenomena di Indonesia.

Saya saksikan dengan mata sendiri, kanak-kanak Jakarta menggunakan smartphone ibubapa mereka untuk menonton Upin dan Ipin di you tube. Justeru itu, perkembangan animasi Malaysia seharusnya dicatatkan dan untuk dijadikan rujukan kepada masa akan datang dan untuk rujukan dunia secara holistiknya.

Alhamdulillah. Pada akhir tahun 2016, pihak Aswara telah menerbitkan buku ‘From Mouse-deer to Mouse‘ sebuah karya jitu oleh Bapa Animasi Malaysia, Hassan Muthalib. 

.

.

Tajuk buku ini diungkap dari animasi pertama tempatan yang disiarkan menerusi televisyen iaitu siri Sang Kancil (Mouse Deer). Animasi ini cukup popular sewaktu awal tahun 1990-an. Simbolik teknologi animasi dari lukisan dan proses manual berubah menggunakan digital menggunakan tetikus (Mouse) diletakkan sebagai tajuk utama buku ini.

.

.

Secara peribadi, saya cuma pernah menyelak semuka dua buku ini semasa acara Zoom Kartun 2017 di USJ Summit dan di rak jualan Maba Studio. Serta sempat menghadiri ceramah istimewa tentang sejarah animasi Malaysia oleh Hassan Muthalib ketika Pekan Kartun #3 November lepas.  Tetapi masih belum berpeluang untuk memiliki buku taraf ‘wajib‘ ada untuk semua peminat kartun Malaysia.

.

 .

Harap saya dapat dapatkan dana segera untuk mendapatkan buku ini kerana cetakan buku ini adalah ‘limited edition’ sebanyak 1,000 unit sahaja.

.

sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210943205157065&set=pcb.1139255422827545&type=3&theater, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210513862017300&set=a.2014213349468.117857.1067844539&type=3&theater, http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/14649370701238755?journalCode=riac20

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*