Terkini, kita dikejutkan dengan pendedahan secara viral oleh para freelancer (pekerja bebas) yang berurusan dengan syarikat penerbitan Mongoose Asia Publishing Sdn Bhd. Di mana mereka tidak mendapat bayaran bagi perkhidmatan yang telah diberikan. Syarikat yang berpusat di Jalan Yap Kwang Sheng, Kuala Lumpur ini terkenal dengan penerbitan majalah Esquire, Elle, Men’s Health, Time out dan banyak lagi.
Freelancer yang berkenaan terdiri daripada Pereka (designer) atau penulis telah menghabiskan masa yang sama dengan jurusan profesional lain untuk mendapatkan sijil kelayakan sama ada pada tahap diploma atau sarjana muda mahupun sarjana. Mereka juga menghabiskan banyak masa untuk berlatih terus memahirkan diri supaya menjadi lebih kreatif dan berdaya saing. Sama seperti pekerja berkemahiran dalam bidang lain.
Mereka perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan, kemahiran seni dan kemahiran teknikal dalam teknologi. Justeru itu, modal masa yang hampir sama dengan kerjaya berkemahiran yang lain, mereka juga harus melabur wang untuk komputer yang berspesifikasi tinggi dan perisian yang mahal.
Menghasilkan rekaan design dan karya yang jitu mengambil masa, perahan otak; mempergunakan segala-gala ilmu yang diperlajari, bakat, kos lepas dengan menolak kerja-kerja berbayar lain, kos utiliti (elektrik, telefon, dll) dan kos-kos lain seperti datang ke pejabat klien untuk diskusi (duit petrol, tambang, makanan, dll).
Semua kos modal ini harus dijana kembali dengan mendapat upah kerja yang sewajarnya. Jika tidak, pelaburan yang tinggi tadi akan menjadi sia-sia.
Agak malang bagi sebuah syarikat yang ternama seperti Mongoose Asia Publishing menindas para freelancer dengan memerah keringat mereka tanpa bayaran walaupun segala urusniaga telah dijalankan secara amalan perniagaan professional dengan penggunaan sebut harga dan invois.
Hasil kerja titik peluh mereka ini sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan kualiti, jualan dan status quo majalah-majalah keluaran Mongoose Asia Publishing. Jelas di sini, para freelancer tidak berniat untuk menjatuhkan Mongoose Asia Publishing, tetapi mereka hanya berjuangan untuk mendapat hak mereka, iaitu pembayaran bagi hasil kerja mereka.
sumber:- https://www.facebook.com/groups/251426078603042/?fref=nf, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155028212508824&set=a.10155028212373824.1073741827.749603823&type=3&theater & https://www.facebook.com/jem.hologram
Leave a Reply