Nafiri sebuah projek novel ringan Maple Comic

Terbaru, Maple Comic telah melangsungkan projek ‘crowd funding’ sebuah novel ringan bertajuk Nafiri. Kempen ini sedang berjalan daripada 23 Disember 2019 hingga 23 Januari 2020.

Sila ke pautan untuk menyertai ‘crowd funding’! –> NAFIRI

Kesaktian Dunia Nafiri

Asas kepada segala kesaktian dalam Nafiri ialah kawalan tenaga dalaman. Kebanyakan perwira mampu menggunakan tenaga dalaman untuk menguatkan serangan atau tubuh. Namun, kegunaan tenaga ini dihadkan oleh keadaan badan pengguna itu sendiri.

Ilmu-ilmu pertengahan seperti Tari Angin atau Tempur Kapal perlu dipelajari dan dilatih. Ilmu tahap tinggi memerlukan tenaga lebih tinggi. Ilmu Seru, Harimau Jadian, Badan Kebal, Parang Terbang, semua perlukan latihan khusus daripada guru yang lengkap amalannya.

Kebanyakan ilmu seperti ilmu seru sudah makin laput ditelan zaman. Bertahun yang lepas, Suku Badan Kebal kalah perang kepada Kultus Parang Terbang. Sekarang, hanya ada sebilangan kecil Suku Badan Kebal dan mereka menjadi hamba. Amalan mereka juga makin dilupakan.

Akibat peperangan yang tidak kunjung habis, Puak Harimau Jadian sudah hampir tidak kelihatan. Tetapi ada desas-desus yang mereka bersumpah-setia kepada seorang pembesar berpengaruh.

Kebanyakan ilmu lama ini makin dilupai sebab ilmu baru yang tidak memerlukan latihan berpuluh tahun. Apa guna badan kebal kalau perut lapar? Apa guna menjadi harimau kalau dengan menjadi peniaga di pekan sudah boleh membeli apa yang terhajat di hati? Inilah dunia Nafiri sekarang.

Rujukan:- https://www.facebook.com/nafirimaple/ & http://blog.maplecomics.com.my/novel-nafiri/?fbclid=IwAR0JVT3sJ38PHuTgl7W42fzSpci5V2OL-Ae5jUOYFsmTLbMg33hTlQ-9lk0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*